Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Kementerian Kesihatan Palestin memberi amaran bahawa ribuan pesakit di Gaza dan Tebing Barat berdepan risiko serius akibat kekurangan kritikal ubat-ubatan dan bekalan perubatan, dengan lebih satu pertiga daripada ubat penting kini berada pada paras sifar stok.
Transcript
00:00Kementerian Kesehatan Palestine memberi amaran ribuan pesakit di Gaza dan Tebing Barat berdepan risiko serius akibat kekurangan kritikal ubat-ubatan
00:08dan bekalan perubatan dengan lebih 1 per 3 daripada ubat penting kini kehabisan stok.
00:15Dalam satu kenyataan, kementerian itu berkata susulan keadaan itu nyawa lebih 4,000 pesakit kanser dan ribuan pesakit dialisis terancam.
00:26Sebanyak 50 daripada 97 jenis ubat rawatan kanser, 265 bekalan perubatan khusus serta 79 peralatan makmal juga kehabisan stok.
00:37Krisis itu berpunca daripada tindakan Israel yang menahan sepenuhnya hasil cukai Palestine sejak 15 bulan lalu.
00:45Menurut kementerian itu, dana tersebut merangkumi kira-kira 68% daripada pendapatan Kementerian Kewangan Palestine.
00:52Pada masa sama, lebih 11,000 pembedahan dijadualkan terpaksa ditangguhkan akibat kekurangan bekalan dan tindakan tenaga kerja.
01:01Kementerian itu turut memberi amaran mengenai situasi kritikal di Semenanjung Gaza di mana kemudahan kesihatan berdepan kekurangan bekalan yang serius
01:09di tengah-tengah kemusnahan meluas hospital serta keletihan berterusan dalam kalangan petugas perubatan.
01:16Justru kementerian itu merayu kepada masyarakat antarabangsa supaya campur tangan dengan segera.
01:21Ini termasuk menyediakan dana sebanyak 50 juta dolar Amerika bagi mendapatkan ubat-ubatan serta bantuan kewangan tambahan bagi mengelakkan sektor
01:30kesihatan lumpuh.
01:32Ia juga menggesa Israel supaya memenuhi tanggungjawabnya di bawah undang-undang antarabangsa.
01:38Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended