Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Rapid KL dalam kenyataan memaklumkan insiden berkenaan melibatkan tren bernombor 62 ketika berada berhampiran Stesen Dang Wangi pada 6.07 petang.

Kenyataan itu menyebut insiden berlaku apabila sistem keselamatan automatik tren diaktifkan ketika tren sedang bergerak keluar dari stesen, menyebabkan tren berhenti secara serta-merta sebagai langkah kawalan operasi.
Transcript
00:00Bertemu kembali, 5 penumpang tren laluan Kelana Jaya cedera apabila tren dinaiki berhenti secara serta merta setelah sistem keselamatan automatik
00:09tren diaktifkan pada Khamis.
00:11Rapid KL dalam kenyataan memaklumkan insiden berkenaan melibatkan tren bernombor 62 ketika berada berhampiran stesen Dangwangi pada 6-7 minit
00:21petang.
00:23Kenyataan itu menyebut insiden berlaku apabila sistem keselamatan automatik tren diaktifkan ketika tren sedang bergerak keluar dari stesen menyebabkan tren
00:32berhenti secara serta merta sebagai langkah kawalan operasi.
00:36Menurut Rapid KL, pengaktifan sistem itu adalah sebahagian daripada ciri keselamatan tren sedia ada yang direka untuk memastikan sebarang situasi
00:45luar jangka dapat ditangani secara segera.
00:48Ujar kenyataan susulan pemberhentian tren secara serta merta, seorang penumpang yang sedang berdiri dipercayai hilang imbangan sehingga botol air yang
00:58dipegangnya terlanggar panel kaca di bahagian sisi tempat duduk.
01:02Impak berkenaan menyebabkan panel kaca itu pecah dan serpihannya terkena pada beberapa penumpang yang duduk berhampiran.
01:09Lima penumpang cedera dengan dua daripada mereka dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan lanjut manakala tiga lagi penumpang
01:18menerima rawatan di lokasi sebelum meneruskan perjalanan mereka.
01:22Menurut Rapid KL, penumpang lain di dalam tren tidak mengalami sebarang kecederaan dan telah diturunkan di stesen damai untuk meneruskan
01:31perjalanan menggunakan tren berikutnya.
01:33Kenyataan itu menyebut sebagai langkah berjaga-jaga dan prosedur operasi standar, tren terlibat telah dikeluarkan daripada perkhidmatan.
01:42Perkhidmatan laluan Kelana Jaya beroperasi seperti biasa sepanjang tempoh pengendalian insiden berkenaan namun terdapat pelarasan pada kekerapan tren di beberapa
01:52lokasi.
01:53Rapid KL telah memulakan siasatan lanjut bagi mengenalpasti punca insiden.
Comments

Recommended