Skip to playerSkip to main content
  • 3 minutes ago
Polis membuka kertas siasatan kes membabitkan seorang lelaki melakukan penganiayaan terhadap seekor kucing di sebuah restoran di Taman Melor dekat Teluk Intan, seperti yang tular menerusi media sosial, baru-baru ini.
Transcript
00:00Polis membuka kertas siasatan kes membabitkan seorang lelaki melakukan penganiayaan terhadap seekor kucing di sebuah restoran di Taman Melo dekat
00:10Teluk Intan, seperti yang tular menerusi media sosial baru-baru ini.
00:15Rakaman berdurasi 1 minit 32 saat itu memamparkan lelaki terbabit dipercayai pekerja restoran berkenaan bertindak memasukkan seekor kucing ke dalam
00:25guni.
00:28Ketua Polis Daerah Hilipera, SCP Chua Koklian berkata, susulan penularan video tersebut pihaknya telah menjalankan siasatan awal bagi mengenalpasti individu
00:39yang terlibat, lokasi sebenar kejadian serta mendapatkan fakta lengkap berhubung kejadian itu.
00:45Pihak polis juga telah menerima satu laporan polis yang dibuat oleh pemilik premis makanan berkenaan berhubung video tular tersebut.
00:53Berdasarkan laporan yang diterima, pekerja premis itu dipercayai merupakan individu yang telah memasukkan kucing berkenaan ke dalam guni seperti yang
01:02dipaparkan dalam video tular.
01:04Chua berkata, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 29 Apta Kebajikan Haiwan 2015 kerana dipercayai melakukan penganiayaan terhadap binatang.
01:14Beliau berkata pihaknya akan bekerjasama dengan Jabatan Perkhidmatan Veterina serta agensi berkaitan bagi melengkapkan siasatan dan mengambil tindakan sewajarnya mengikut
01:25peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.
01:28Masyarakat juga diseru supaya sentiasa mengamalkan sikap prihatin terhadap kebajikan haiwan serta melaporkan segera kepada pihak berkuasa sekiranya terdapat sebarang
01:38kejadian penganiayaan atau pengabayan haiwan.
01:41Tegasnya polis memandang serius sebarang bentuk penganiayaan terhadap haiwan dan tidak akan berkompromi kepada mana-mana pihak yang melakukan perbuatan
01:50tersebut.
Comments

Recommended