00:00Ancaman siber terhadap organisasi hari ini bukan lagi berpunca daripada kekurangan teknologi semata-mata, sebaliknya kegagalan membentuk budaya dan pemikiran
00:08keselamatan dalam kalangan tenaga kerja yang berkembang seiring dengan kadar pendigitalan.
00:14Presiden Persatuan Pengguna Siber Malaysia MCCA Mohd Sirajuddin Jalil berkata, cabaran terbesar ketika ini adalah memastikan aspek keselamatan siber menjadi
00:23sebahagian daripada nilai teras organisasi sama ada dalam sektor awam maupun swasta.
00:30Mereka ini akan mendapat masalah sekiranya pemikiran keselamatan itu tidak dipertingkatkan.
00:39Maksudnya teknologi makin meningkat tapi pemikiran keselamatan stagnan. Mungkin dia ada kesedaran di peringkat saat dia tengok kempen kesedaran ke
00:48ataupun mana-mana video kesedaran yang ditebitkan oleh pihak media tetapi dia akan jadi stagnan.
00:54Itu masalah sebab teknologi akan bergerak secara eksponensial dan kadar bergantungan terhadap teknologi digital pun akan semakin meningkat.
01:02Contohnya aplikasi dalam telefon kita. Bukan makin berkurang. Semakin meningkat. Jadi tahap keselamatan sepatutnya meningkat secara eksponensial.
01:10Katanya setiap organisasi perlu mempunyai garis panduan dan playbook keselamatan saibor yang jelas serta bersifat mandatori bagi mastikan amalan keselamatan
01:20diterapkan secara menyeluruh dalam operasi harian.
01:24Sirajudin berkata pendekatan itu boleh dicontohi daripada aspek pematuhan integriti korporat yang telah diwajibkan melalui peruntukan tertentu dalam undang-undang
01:33berkaitan rasuah termasuk liabiliti terhadap pihak pengurusan tertinggi syarikat.
01:38Tambah beliau pelaksanaan akta keselamatan saibor yang kini memasuki tahun kedua boleh menjadi titik permulaan kepada pembentukan standar dan kewajipan
01:48yang lebih jelas untuk semua organisasi dalam berkukuh takbir urus keselamatan saibor.
Comments