Skip to playerSkip to main content
Petua Rebus Daging & Tulang Cepat Empuk Letak Kurma

Menggunakan buah kurma adalah petua tradisional yang popular untuk melembutkan daging dengan cepat tanpa menggunakan pressure cooker. Kaedah ini mampu mengempukkan daging dalam masa sekitar 20 hingga 30 minit sahaja.

Malah selain melembutkan, isi kurma juga dapat memberikan sedikit rasa manis semulajadi kepada kuah rebusan.

Ikut petua mudah ini.

Selamat Mencuba!
Ingat Makan Ingat RASA

#RASA #TipDapurRasa #PetuaDapur #tiprebusdaging #kurma MajalahRasa rasashare
Transcript
00:02Petua rebus daging cepat empuk, letak kurma
00:05Menggunakan buah kurma adalah petua tradisional untuk melembutkan daging dengan cepat tanpa menggunakan pressure cooker
00:11Kaedah ini mampu mengempukkan daging dalam masa sekitar 20 hingga 30 minit sahaja
00:17Ini kerana kurma mengandungi enzim aktif yang membantu memecahkan serat dan tisu penghubung dalam daging
00:23Kandungan gula dan sedikit es semula jadinya membantu mempercepatkan proses melembutkan struktur daging semasa direbus lama
00:30Malah selain melembutkan, isi kurma juga dapat memberikan sedikit rasa manis semula jadi kepada kuah rebusan
00:37Ikut petua mudah ini
00:38Mula-mula cuci bersih daging dan pastikan daging dipotong lawan arah urat
00:44Kemudian masukkan daging tersebut ke dalam periuk dan masukkan air secukupnya
00:48Selepas itu masukkan juga 2 hingga 3 biji kurma sekali ke dalam periuk pada awal proses merebus daging
00:55Angganan kurma bergantung jumlah daging yang direbus
00:58Kurma bukan sahaja dapat membantu melembutkan malah menyedapkan lagi rasa daging itu nanti
01:03Kemudian rebus daging atas dapur selama 20 hingga 30 minit sehingga empuk
01:08Namun paling penting jangan letak garam pada awal rebusan
01:11Ini kerana jika garam diletak terlalu awal ia akan mengeraskan serat daging
01:16Tambah garam hanya selepas daging sudah benar-benar empuk
01:20Lihat hasilnya
01:21Petua masukkan kurma dalam rebusan daging ni memang betul-betul menjadi
01:25Sekejap je daging ni dah lembut dan empuk
01:27Tak perlu masak dalam periuk kuka pun
01:29Mudah dan cepat kan?
01:31Malah jimat gas di dapur
01:32Selamat mencuba
01:33Ingat makan, ingat rasa
01:36Terima kasih kerana menonton!
01:39Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended