00:00Iran menyatakan solidariti kepada Oman dalam menghadapi sebarang ancaman luar yang boleh menjejaskan kestabilan rantau Asia Barat.
00:07Menteri Luar Iran, Abbas Arachi dalam perbualan bersama rakan sejawatnya dari Oman, Abadner Albu Saidi,
00:13menegaskan komitmen kedua-dua negara untuk memperkukuh kerjasama serta merangka hal tujuh masa depan yang lebih stabil bagi kepentingan bersama.
00:22Menerusi hantaran di akaun X pada Jumaat, Arachi berkata antara perkara yang dibincangkan termasuk pengurusan masa depan selat hormus
00:31yang merupakan antara laluan perdagangan maritim paling strategik di dunia.
00:35Beliau berkata perbincangan itu turut menyentuh tanggungjawab kedaulatan kedua-dua negara
00:40serta kepentingan memastikan sebarang tindakan berkaitan selat tersebut selaras dengan prinsip undang-undang antarabangsa.
00:47Arachi turut mengaluh-alukan rundingan dan konsultasi dengan semua negara jiran bagi menangani isu berkaitan selat hormus
00:54demi menjamin keamanan, kestabilan dan keselamatan serantau.
00:59Difahamkan kenyataan Arachi sebagai respon terhadap kenyataan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump,
01:04pada 28 Mei menegaskan tiada pihak boleh mengawal laluan perdagangan antarabangsa itu.
01:10Trump turut memberi amaran Oman perlu bertindak seperti negara lain atau berdepan tindak balas kenteraan Amerika.
01:17Untuk rekod, pada 24 Mei lalu, Oman dan Iran mengandakan rundingan rasmi di Muscat
01:22yang memfokuskan prinsip kebebasan pelayaran, keselamatan perkapalan
01:26serta kelangsungan rantaian bekalan global di selat hormus.
Comments