00:00Penyedia Pendidikan Bahasa Inggeris Tempatan Cambridge English for Life CEFL menerima pengiktirafan Asia Book of Records sempena sambutan ulang tahun
00:10penubuhannya yang ke-25.
00:12Ia sekaligus mengukuhkan kedudukannya sebagai antara rangkaian pusat bahasa Inggeris terbesar dan paling lama bertapak di Asia yang selaras dengan
00:21pihawayan antarabangsa CEFR.
00:26Antara lain CEFL diiktiraf sebagai rangkaian pusat bahasa Inggeris tempatan berasaskan satu bahasa yang paling lama bertapak dan terbesar selaras
00:36dengan CEFR di Asia.
00:39Pengasas bersama dan ketua pegawai eksekutif CEFL Dr. Elsie Chin berkata asal penubuhannya bertitik tolak daripada kepercayaan bahawa pendidikan bahasa
00:50berupaya mengubah hidup manusia sepanjang hayat.
00:53Kini katanya selepas 25 tahun bertapak ia mengendalikan 69 pusat di seluruh negara dan berjaya membimbing lebih 100 ribu pelajar
01:04dalam pembelajaran bahasa Inggeris.
01:07Pengiktirafan ini kata beliau menjadi penanda aras kepada usaha jangka panjang mereka dalam menyediakan pendidikan bahasa Inggeris berlandaskan pihawayan antarabangsa.
01:19CEFL juga antara perintis tempatan yang menerapkan Common European Framework of Reference for Languages CEFR sejak 2001 sebelum rangka kerja
01:30itu digunakan secara meluas di sekolah-sekolah tempatan.
01:33Di majlis sama, hampir 600 pelajar CEFL turut menerima pengiktirafan atas pencapaian cemerlang mereka dalam Cambridge English Qualification CEQ merangkumi
01:46penilaian berformat fizikal dan digital.
01:49Dalam pada itu, CEFL merancang pelbagai program sepanjang 2026 yang melibatkan pelajar sediada dan orang awam.
01:58Antaranya program tanggungjawab sosial korporat CSR bersama komuniti setempat, acara pop-up dan ujian penempatan awam bertandingan penguasaan bahasa Inggeris
02:09di peringkat kebangsaan serta penganjuran forum pendidikan untuk pendidik.
Comments