00:00Sementara itu, Perbadanan Kota Buku PKB mengajak orang ramai komuniti pendidikan, keluarga serta pemain industri buku tempatan dan antarabangsa
00:09untuk mengunjungi ruang-ruang utamanya sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur PBA KL 2026
00:16bermula hari ini sehingga 7 Jun di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur WTC KL.
00:22Ketua Pegawai Eksekutif PKB Adibah Omar berkata, penyertaan tahun ini memberi tumpuan kepada pendekatan lebih menyeluruh.
00:30menerusi pelbagai inisiatif utama yang ditempatkan di beberapa lokasi strategik sepanjang penganjuran Pesta Buku Berkenaan.
00:38Menurutnya antara inisiatif diketengahkan ialah Perolehan Pintar Buku Nasional sebelum ini dikenali sebagai VIP Bias
00:46yang memfokuskan kepada pengukuhan ekosistem perolehan buku sekolah dan institusi pendidikan secara lebih tersusun dan berasaskan digital.
00:55Program itu melibatkan 34 pempamer, 40 rak pameran serta wakil daripada 16 Jabatan Pendidikan Negeri JPN.
01:05Guru Pusat Sumber dan Pustakawan Sekolah turut berpeluang menyertai sesi padanan bersama penerbit,
01:11rundingan perolehan buku serta penerangan berkaitan platform digital pendidikan.
01:16Beliau menambah dalam usaha memperkukuh jaringan di industri buku antarabangsa, PKB turut menganjurkan Pesta Hak Cipta Asia ARF
01:26yang diadakan dari 29 hingga 31 Mei 2026 di Bilik Redang Aras 3 WTC Kuala Lumpur.
01:34Menurutnya, ARF menghimpunkan penerbit, ejen hak cipta dan pembeli hak penerbitan dari dalam serta luar negara
01:44bagi memperluas peluang perdagangan kandungan dan kerjasama rentas sempadan.
01:49Edisi 2026 menyaksikan penyertaan dari 26 negara, 7 duta hak cipta ASEAN
01:55serta penyediaan 50 meja padanan perniagaan untuk sesi rundingan hak cipta.
02:01Adibah berkata PKB turut memperluas capaian PBAKL menerusi platform PBAKL dalam talian Ad Book Capital
02:09yang membolehkan pembelian buku secara atas talian sepanjang musim Pesta Buku.
02:15Bagi pengunjung awam dan keluarga, PKB turut memperkenalkan Pasport Kota Baca
02:20sebagai aktiviti interaktif berkonsep dan eksplorasi membaca, khususnya melibatkan kanak-kanak dan remaja.
02:31Terima kasih telah menonton!
Comments