Skip to playerSkip to main content
  • 2 minutes ago
Indeks penanda aras Shanghai Composite meningkat 0.96 peratus kepada 4,152.57 mata, manakala Shenzhen Component naik 1.66 peratus kepada 15,856.61 mata pada penutup dagangan.
Transcript
00:00Pasaran saham China ditutup tinggi pada Isnin, didorong lonjakan saham syarikat teknologi dan pengeluar cip semikonduktor, susulan perkembangan baru dalam
00:09reka bentuk cip oleh Huawei.
00:11Indeks penanda aras Shanghai Composite meningkat 0.96% kepada 4,152.57 mata, manakala Shenzhen Component naik 1.6
00:22% kepada 15,856.61 mata pada penutup dagangan.
00:31Sementara itu, indeks Chinex yang menjejaki syarikat pertumbuhan ala Nasdaq China melonjak 2.1% kepada 4,021.16 mata.
00:42Penganalisis pasaran China Global Television Network CGTN Timothy Poop berkata, momentum pasaran banyak dipacu oleh prestasi syarikat teknologi khususnya sektor
00:53semikonduktor.
00:54Menurutnya, Huawei membantu mengekalkan sentimen positif pasaran selepas mengumumkan kejayaan dalam reka bentuk cip yang dijangka mampu menghasilkan cip setanding
01:05ketumpatan transistor 1.4 nanometer dalam tempoh 5 tahun.
01:10Katanya pencapaian itu berpotensi mengekalkan syarikat tersebut hampir setanding dengan peneraju global industri cip walaupun masih berdepan sekatan akses kepada
01:20peralatan pembuatan cip paling canggih.
01:23Beliau berkata pendekatan baru Huawei untuk meningkatkan kelajuan cip tanpa hanya bergantung kepada pengecilan saiz transistor dianggap sesuatu yang menarik
01:32oleh pelabur.
01:33Susulan itu, indeks saham semikonduktor Cina melonjak 7.1%.
01:38Dalam pada itu, pasaran turut berhati-hati terhadap perkembangan sektor kecedasan buatan AI selepas Bloomberg melaporkan pengawal selia di Cina
01:47serta bursa saham Shanghai dan Shenzhen mahu syarikat serta dana pelaburan memberikan pendedahan lebih terperinci mengenai penggunaan dan pendedahan mereka
01:57terhadap AI.
02:03Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended