00:00Puluhan pengusaha buah jenis mangga di India berdepan kesukaran menjana keuntungan daripada hasil tanaman mereka, susulan cuaca buruk yang kerap
00:09berlaku di negara itu.
00:11Beberapa petani turut memaklumkan bahawa kesukaran yang dialami ketika ini turut berpunca daripada penggunaan bahan kimia yang kurang berkualiti.
00:23Menurut seorang petani dikenali sebagai komal, kebunnya sebelum ini mampu menghasilkan antara 7,000 hingga 8,000 kotak mangga setiap
00:30tahun.
00:31Namun pada tahun ini jumlah tersebut merosot kepada hanya sekitar 600 hingga 700 kotak.
00:36Perkembangan terbaru tersebut sekaligus menggugat kedudukan India sebagai pengeluar mangga terbesar dunia dengan anggaran pengeluaran sebanyak 28 juta tan bagi
00:45tempoh 2024 hingga 2025.
00:47Selain itu, beberapa petani memaklumkan mereka berdepan cabaran untuk memenuhi permintaan pembekal runcit dalam talian di India selepas kebun mereka
00:56hampir tidak menghasilkan mangga jenis Alfonso tahun ini.
01:00Jelas mereka bagi menampung permintaan, mereka terpaksa mendapatkan bekalan mangga daripada petani lain sebelum disalurkan kepada pasaran.
01:07Nilai pasaran mangga negara itu dianggarkan mencecah lebih 2 bilion dolar Amerika dan dijangka terus berkembang dalam tempoh beberapa tahun
01:14akan datang.
01:15Menurut laporan agensi antarabangsa, sebahagian hasil mangga India diekspor, manakala selebihnya digunakan untuk pasaran domestik, khususnya ketika musim panas apabila
01:26permintaan meningkat.
01:28Perubahan suhu mendadak antara siang dan malam pada Disember dan Januari dipercayai menjadi punca proses pembungaan dan perbentukan buah terjejas.
01:36Selain itu, gelombang haba yang melampau pada April dan Mei yang dikaitkan dengan fenomena El Nino turut menyebabkan peningkatan kadar
01:44kerosakan buah.
01:46Situasi itu memberi kesan kepada rantaian bekalan termasuk penurunan ekspor yang selama ini menjadi sumber pendapatan penting kepada pengusaha.
Comments