00:00Pertugas kesihatan di Timur Republik Demokratik Kongo DRC memperketatkan prosedur pengebumian selamat sebagai langkah kritikal untuk mengekang penularan wabak Ebola
00:11ketika situasi keselamatan semakin merumitkan usaha kawalan.
00:16Menurut penyelia pasukan pengebumian selamat John Tumujibbe, pengendalian mayat secara berhati-hati amat penting kerana virus Ebola boleh merebak melalui
00:25sentuhan langsung dengan jasad simati.
00:30Berpakaian peralatan perlindungan penuh, PPE, pasukan respon dilihat menutup mayat seorang lelaki yang disyaki meninggal dunia akibat Ebola sebelum dimasukkan
00:40ke dalam keranda dalam usaha mengelakkan jangkitan kepada komuniti setempat.
00:45Bagi mengurangkan ketidakpercayaan masyarakat, ahli keluarga kini dibenarkan menyaksikan proses tersebut malah seorang wakil keluarga akan memakai PPE untuk melihat
00:56sendiri prosedur dilakukan.
00:58Ketika ini, operasi kawalan wabak berdepan cabaran besar selepas berlaku serangan ke atas kemudahan respon Ebola di Mengwalu.
01:07Kemudahan termasuk kemah pengasingan dilaporkan dibakar pada Jumaat dan sekali lagi diserang pada Ahad.
01:13Insiden itu menyebabkan pesakit yang disyaki dijangkiti melarikan diri sekaligus meningkatkan risiko penularan dalam komuniti.
01:23Pasukan kesihatan turut berdepan kekangan logistik serius termasuk kekurangan air bersih, peralatan asas pelindungan serta sistem pengesanan kes.
01:33Tumut GB berkata banyak kes awal tidak dikenalpasti sebelum wabak disahkan secara rasmi.
01:42Pertubuhan Kesihatan Sedunia WHO melaporkan lebih 900 kes disyaki dan 170 kematian melibatkan Kongo serta Uganda.
01:52Wabak ini berpunca daripada strain Bundi Buyur yang jarang berlaku dan tiada vaksin diluluskan setakat ini.
Comments