00:00Kedah dan Kelantan menjadi antara lima negeri yang mencatatkan kenaikan harga rumah terpantas sejak tahun 2010.
00:07Menurut Syarikat Hartanah Jual IQI, pendapatan itu berdasarkan data 15 tahun daripada Pusat Maklumat Harta Tanah Negara.
00:18Lima negeri teratas di dalam senarai tersebut adalah Johor, Kedah, Negeri Sembilan, Perak, Kelantan dan Perlis
00:26yang merekodkan peningkatan sekurang-kurangnya 2.4 kali ganda berbanding harga asal.
00:32Johor mencatatkan pertumbuhan paling ketara dengan harga purata rumah meningkat lebih 3 kali ganda daripada RM162,136 pada 2010 kepada
00:43RM487,128 ketika ini.
00:48Katanya secara keseluruhan harga purata rumah di Malaysia meningkat lebih 2 kali ganda daripada RM218,000 kepada RM508,000 dalam
00:58tempoh tersebut.
00:59Ini bermakna pemilik rumah secara purata telah menambah kira-kira RM290,000 kepada nilai bersih hanya dengan memiliki hartanah kediaman.
01:09Khashif berkata Johor mencatatkan kenaikan lebih tinggi daripada Kuala Lumpur yang menyaksikan kenaikan harga daripada sekitar RM396,000 pada 2010
01:19kepada kira-kira RM827,000 kini iaitu peningkatan sekitar RM431,000 dan tertinggi dalam nilai mutlak.
01:29Tambahnya perbezaan pertumbuhan harga antara negeri juga dipengaruhi oleh faktor ekonomi, pembangunan setempat dan permintaan pasaran.
01:37Mengulas prospek masa depan, beliau mengunjurkan negeri berharga lebih rendah perpotensi terus mengejar negeri lebih mahal seperti Johor dan Kuala
01:46Lumpur.
01:47Ini termasuk Kelantan, Kedah, Perlis, Melaka dan Perak berdasarkan harga yang masih rendah berbanding purata dasional serta pertumbuhan kukuh sejak
01:57beberapa tahun lalu.
01:59Walaubagaimanapun katanya keputusan pembelian hartanah masih bergantung kepada keadaan individu dan penilaian masing-masing.
Comments