Skip to playerSkip to main content
  • 3 days ago
Malaysia mencatat sejarah baharu dalam pengukuhan pertahanan maritim apabila Kapal Misi Pesisir Batch 2 milik Tentera Laut Diraja Malaysia dilancarkan dalam satu upacara penuh adat yang disempurnakan oleh Raja Permaisuri Agong di Istanbul.
Transcript
00:00Selanjutnya, Malaysia mencatatkan sejarah baru dalam pengukuhan pertahanan maritim apabila kapal misi pesisir Batch 2 TLDM dilancarkan secara rasmi.
00:09Raja Pemaisuri Agung, Raja Zarih Sofia menyempurnakan upacara penamaan dan pelancaran kapal misi pesisir Batch 2 atau LMS B2,
00:18milik tentera laut di Raja Malaysia yang dinamakan Tunku Laksmana Abdul Jalil.
00:25Upacara itu menyaksikan simbolik pelepasan satu kendi berisi air zamzam yang dibacakan Surah Yasin ke diding haluan kapal sebagai sebahagian
00:34daripada tradisi penamaan kapal tentera laut.
00:37Hadir sama Menteri Pertahanan Datuk Seri Muhammad Khalid Nordin serta beberapa pemimpin kerajaan Malaysia dan Turki memandangkan kerjasama strategik pertahanan
00:46antara kedua-dua negara.
00:47Titah baginda penamaan kapal tersebut adalah sangat bermakna kepada keluarga di Raja Johor serta melambangkan legasi Allahyirham Tunku Abdul Jalil
00:56yang diabadikan dalam sejarah TLDM.
00:59Kapal kelas Tunku itu berasaskan reka bentuk kapal korvet kelas ada dari Turki dan merupakan antara aset terkini TLDM yang
01:08direka untuk operasi pelbagai dimensi.
01:10Pembinaan LMSB itu turut menzahirkan kerjasama strategik Malaysia-Turki dalam pemindahan teknologi serta pemerkasaan kapabiliti pertahanan maritim negara.
Comments

Recommended