00:00Seorang pemandu berusia 75 tahun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Magistrat Kelang pada Khamis
00:06atas satu pertuduhan memandu secara melulu sehingga menyebabkan dua perjalan kaki yang juga adik-beradik maut minggu lalu.
00:15Pesara Ang Kim Lai membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Mandarin di hadapan Magistrat A. Kartiyaini.
00:23Mengikut pertuduhan, lelaki warga emas itu sebagai pemandu didakwa memandu kenderaan di jalan raya secara melulu
00:30sehingga menyebabkan kematian Wong Nyok Fong, 57 tahun dan Wong Nyok Sim, 62 tahun.
00:39Kesalahan itu didakwa dilakukan di Jalan Pekan Baru Klak pada jam 7.30 malam 15 Mei lalu.
00:45Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 41-1 Akta Pengangkutan Jalan 1987
00:52yang memperuntukkan hukuman penjara antara 5 hingga 10 tahun dan denda antara RM20,000 hingga RM50,000 termasuk penggantungan lesen
01:03jika sabit kesalahan.
01:05Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin
01:11dan lesen tertuduh digantung sementara sehingga kes ini selesai.
01:15Kes disebut semula 4 Ogos depan untuk serahan laporan kimia dan forensik.
Comments