Skip to playerSkip to main content
  • 22 hours ago
Pelaksanaan subsidi bersasar perlu mengambil kira klasifikasi T20 yang lebih teliti bagi memastikan bantuan kerajaan kekal adil, tepat dan tidak menekan isi rumah yang masih berdepan komitmen kos hidup tinggi.
Transcript
00:00Kerajaan perlu memastikan pengelasan golongan T20 dibuat dengan lebih tepat sebelum sebarang perubahan subsidi dilaksanakan.
00:08Menurut fellow bersekutu kanan Institut Dasar Ekonomi dan Kewangan Universiti Utara Malaysia, Prof. Madia Irwan Shahzainal Abidin,
00:16pelaksanaan subsidi bersasar tidak boleh hanya bergantung kepada label pendapatan semata-mata,
00:22sebaliknya perlu mengambil kira kedudukan sebenar isi rumah, corak perbelanjaan dan tanggungan bulanan.
00:30Cara realitinya kerajaan boleh mencari titik tengah. Misalnya apa itu melakukan perubahan dalam subsidi itu tetapi
00:41secara yang lebih tepatlah maksudnya klasifikasi T20 perlu tepat dan juga mungkin kerajaan perlu boleh melakukan
00:52adjustment dari segi kuota dan juga apa itu harga dari segi harga subsidi RONS 95 dan saya juga bersetuju
01:04dengan apa itu cadangan kerajaan bahawa subsidi diesel juga perlu dipertimbangkan untuk dirasunisasi
01:16untuk menggunakan satu mekanisme yang lebih efektif seperti Budi 95. Jadi di sana juga boleh dilakukan
01:26adjustment.
01:28Irwan Shah menjelaskan pelarasan terhadap subsidi RONS 95 juga boleh dilakukan secara berperingkat
01:33melalui mekanisme lebih fleksibel seperti penyesuaian kuota atau harga manakala kaedah seperti Budi 95
01:41boleh dijadikan modul yang lebih efektif dalam usaha merasionalisasi subsidi diesel.
Comments

Recommended