Skip to playerSkip to main content
  • 6 hours ago
SPR menerima pemakluman status kekosongan luar jangka kerusi Parlimen Pandan dan Setiawangsa oleh Speaker Dewan Rakyat, pada Rabu.
Transcript
00:00Tiada pilihan raya kecil PRK Parlimen Pandan dan Setiawangsa akan dijalankan.
00:06Susulan tindakan bekas ahli parlimen bahagian itu, Datuk Seri Rafizi Ramli dan Nik Nazmini Ahmad yang mengosongkan kerusi masing-masing.
00:15Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul telah memaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya SPR bahawa tiada keperluan bagi mengisi kekosongan
00:23luar jangka tersebut.
00:26Suruhanjaya Pilihan Raya SPR dalam satu kenyataan pada Rabu berkata perkara itu berdasarkan Perkara 54, Kurungan 1 Perlembagaan Persekutuan.
00:36Tambah kenyataan itu, SPR menerima pemakluman status kekosongan luar jangka kerusi Parlimen Pandan dan Setiawangsa oleh Johari pada Rabu.
00:44Menurut SPR, pengisytiharan 02 kerusi Parlimen itu mengikut Perkara 51, Perlembagaan Persekutuan.
00:51Sebelum ini, Rafizi dan Nik Nazmini umum mengusongkan kerusi Parlimen Pandan serta Setiawangsa pada Isnin selain keluar Parti Keadilan Rakyat
01:00PKR berkuatkuasa pada Selasa melalui surat kepada Setiausaha Agung Parti.
01:05Mereka kemudian mengambil alih sebuah parti politik dikenali sebagai Parti Bersama Malaysia, sebuah parti politik berpangkalan di Pulau Pinang.
01:13Selain itu, yang di-Pertua Dewan Rakyat turut mengesahkan telah menerima notis perletakan jawatan Rafizi dan Nik Nazmin.
Comments

Recommended