Skip to playerSkip to main content
Kepercayaan tinggi rakyat Malaysia terhadap Lembaga Tabung Haji (TH) dalam mengurus dan menjaga kebajikan jemaah haji di Tanah Suci disifatkan sebagai satu amanah besar yang perlu dipikul dengan penuh tanggungjawab oleh setiap petugas haji negara, lapor wartawan Sinar Harian, Rosli Ahmad.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Mustakim Mohamad berkata, antara ungkapan yang paling menyentuh hati diterima pihaknya ialah apabila waris jemaah menyerahkan sepenuhnya ibu bapa mereka kepada TH untuk dijaga sepanjang berada di Tanah Suci.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/779820/berita/nasional/amanah-besar-jaga-kebajikan-jemaah-haji

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #jemaahhaji #TH #jemaahhaji2026 #kebajikanjemaahhaji

Category

🗞
News
Transcript
00:00Kita ditabung haji apa yang kita mahu?
00:03Kita mahu membantu ataupun memudahkan jemaah haji mencapai haji mabrur.
00:12Kenapa kita nak jemaah haji mencapai haji mabrur?
00:16Sebab Allah janji siapa yang mendapat haji yang mabrur, syurgalah balasannya.
00:24Ini adalah amanah yang sangat besar dan berat
00:27dalam menyatuni tetamu Allah ini.
00:32Tuan-tuan dan puan-puan,
00:33kualiti perkhidmatan yang diberikan tabung haji bukan baru dibina sehari dua.
00:39Tetapi sepanjang lebih 60 tahun,
00:43kita sudah melalui pelbagai cabaran dan juga ujian.
00:47Alhamdulillah semuanya dihadapi dengan baik
00:50berkat usaha dan juga doa.
00:53Dan sebagaimana semua tahu,
00:55dari tahun ke tahun kita akan belajar daripada pengalaman kita
00:58dan kita akan tambah baik.
01:00Dan setiap kali kita balik daripada operasi haji,
01:03kita akan buat post-mortem, kita akan belajar.
01:05Dan kita tidak akan berhenti belajar untuk menambah baik.
01:10Jangan kita rasa puas dengan apa yang kita dah capai.
01:13Kita perlu tambah baik kerana apa?
01:16Sebab kita adalah hamba yang dipilih untuk menyatuni tetamu Allah.
01:22Oleh kerana tabung haji telah wujud sekian lama,
01:26mungkin kita tidak menyedari bahawa perkhidmatan tabung haji
01:30adalah bertaraf dunia.
01:32Kita yang berada di sini mungkin kita tidak rasa.
01:35Tetapi orang di luar mengiktiraf kita bertaraf dunia.
01:40world class.
01:42Kita telah menerima anugerah Labaitum
01:44daripada kerajaan Arab Saudi sebanyak empat kali.
01:49Dan dalam masa empat tahun.
01:53InsyaAllah tahun ini kita usah sekali lagi
01:56agar anugerah Labaitum kekal
01:59dengan tabung haji bagi musim ini insyaAllah.
02:02Sama-sama kita doakan.
02:06Tidak kurang pentingnya adalah maklum balas dan juga
02:10maklum balas pelanggan kita
02:13jemaah haji negara.
02:15Musim haji lepas
02:17indeks kepuasan pelanggan
02:19atau CSI
02:21mencapai 93%
02:23melebihi sasaran asal 85%.
02:27Alhamdulillah.
02:30So tahun ini kita boleh capai berapa?
02:31kena dah lebih 93%.
02:34Ha 95.
Comments

Recommended