00:00Sebuah mahkamah Ukraine memerintahkan bekas ketua pejabat presiden negara itu, Andrei Yermak, ditahan reman sementara menunggu perbicaraan.
00:09Hakim memutuskan pada Khamis, Yermak akan ditahan selama tempoh awal 60 hari dengan kemungkinan dibebaskan melalui ikat jamin.
00:19Yermak berdepan pertuduhan pengubahan wang haram.
00:22Dia bersama lima lagi suspek dituduh menjadi sebahagian daripada kumpulan terancang yang didakwa mengubah wang hampir 9 juta euro berkaitan
00:30projek pemilihan mewah berhampiran Kiev.
00:33Yermak menafikan sekeras-kerasnya dakwaan itu malah mendakwa dirinya tidak mempunyai kemampuan kewangan untuk membayar jumlah ikat jamin yang ditetapkan
00:42iaitu bersamaan 2.72 juta euro.
00:59Beliau meletak jawatan pada penghujung November tahun lalu, susulan skandal rasuah selepas kediamannya diserbu pihak berkuasa.
01:07Yermak adalah sekutu lama Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky dan mengetuai pejabat Presiden sejak 2020.
01:14Dia dianggap sebagai individu kedua paling berkuasa di Ukraine.
Comments