Skip to playerSkip to main content
Seorang pengasuh didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada Khamis membunuh seorang bayi lelaki berusia tujuh bulan di sebuah taska minggu lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Noor Azlida Alimin.

Balqish Mohammad Dzyhan, 28, yang memakai baju berwarna merah jambu menundukkan kepala dan mengangguk faham selepas pertuduhan dibaca di hadapan Majistret, Farah Azura Mohd Saad.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/779791/berita/semasa/pengasuh-didakwa-bunuh-bayi-tujuh-bulan-di-taska

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #mahkamah #pengasuhdidakwabunuhbayitujuhbulan #kesjenayah

Category

🗞
News
Transcript
00:00Seorang pengasuh didakwa di Mahkamah Magistret Petaling Jaya pada Kamis
00:04membunuh seorang bayi lelaki berusia tujuh bulan di sebuah taskah minggu lalu.
00:11Tertuduh, Balkish Muhammad Dizihan, 28 tahun, yang berbaju merah jambu,
00:17mengangguk faham selepas pertuduhan dibaca di hadapan Magistret Farah Azura Muhammad Saad.
00:23Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan kerana kis itu berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
00:30Mengikut pertuduhan, wanita itu didakwa membunuh Muhammad Aiden Fahim Muhammad Nur Syafiq
00:36di sebuah taskah di Bandar Kindrara Pucung pada jam 9.30 hingga 10.40 pagi 5 Mei lalu.
00:45Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan
00:49yang membawa hukuman gantung sampai mati atau dipenjarakan antara 30 hingga 40 tahun.
00:55Jika tidak dihukum gantung, tertuduh boleh dikenakan sebatan tidak kurang 12 kali.
01:02Tiada jaminan diberikan kepada tertuduh dan Mahkamah menetapkan 14 Julai depan
01:07untuk laporan bedah siasat dan laporan kimia.
01:10Terima kasih.
01:14Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended