00:00Mesyuarat Jumlah Menteri pada hari ini telah diberikan maklumat dan dimaklumkan mengenai hasil terkini
00:07perbincangan antara Yang Mahmohmat Perdana Menteri dengan Perdana Menteri Norway semalam.
00:15Kerajaan Malaysia amat kesal terhadap tindakan Kerajaan Norway yang tidak meluluskan permit ekspor
00:22bagi perolehan sebuah siri peluru berpandu pada saat akhir sehingga syarikat Norway yang terlibat
00:32tidak dapat meneruskan pembekalan seperti yang telah dipersetujui walhal kontrak tersebut telah dimeterai sejak tahun 2018
00:42dan telah dilaksana kontrak tersebut tanpa sebarang isu serta semua aspek pembayaran kontrak telah dibuat mengikut jadual.
00:52Kerajaan Malaysia sama sekali tidak dapat menerima alasan-alasan yang dikemukakan oleh Kerajaan Norway.
01:01Pada waktu ini, usaha melalui saluran diplomatik sedang dilaksana.
01:07Selain Kerajaan Malaysia turut mempertimbang tindakan susulan yang sewajarnya dari sudut perundangan.
01:15Perancangan dan pelaksanaan Plan Pertahanan Negara merupakan kepentingan strategik yang tidak boleh dikompromi dalam apa jua keadaan.
Comments