00:00Thailand bercadang memendekkan tempoh menetap tanpa visa untuk pelancong dari 93 negara daripada 60 hari kepada 30 hari dalam usaha
00:09mengekang penyalahgunaan visa serta kegiatan jenayah.
00:13Menteri Luar Thailand, Sihasap Puan Ket Kau berkata, Kementerian Luar akan mengemukakan cadangan itu kepada Kabinet untuk kelulusan namun tidak
00:21menyatakan tarikh pelaksanaannya.
00:25Thailand mula melaksanakan tempoh menginap tanpa visa selama 60 hari kepada pelancong dari 93 negara sejak Julai 2024 bagi merangsang
00:36sektor pelancongan.
00:37Bagaimanapun pihak berkuasa negara itu kini mengambil langkah lebih ketat susulan kebimbangan terhadap penyalahgunaan visa jangka panjang dan pelibatan segelintir
00:46pelancong dalam kegiatan haram.
00:48Selain memendekkan tempoh menginap tanpa visa, pihak berkuasa Thailand akan turut memperketat pemantauan terhadap kategori visa lain bagi memastikan kemasukan
00:58warga asing selaras dengan tujuan asal visa yang diluluskan.
01:03Bagi tempoh 1 Januari hingga 10 Mei lalu, Thailand menerima 12.4 juta pelancong asing bagi tempoh itu menyusut 3
01:12.43% berbanding tempoh sama tahun lalu.
01:15Sektor pelancongan kekal menjadi pemacu utama ekonomi Thailand dengan jumlah kehadiran pelancong asing pernah mencecah hampir 40 juta orang pada
01:232019.
Comments