00:00Hakisan teruk akibat arus deras sungai Liwagu dikenalpasti sebagai punca tumbangnya menara penghantaran elektrik T313 di Ranau, Sabah.
00:10Menurut Sabah Electricity, tanda-tanda hakisan di kawasan berkenaan sebenarnya telah dikesan sejak Januari lalu menerusi pemantauan berkala yang dijalankan.
00:22Sebagai langkah awal, perlindungan kecemasan di tebing sungai telah dilaksanakan pada Mac bagi mengurangkan risiko kerosakan pada struktur menara.
00:30Namun, hujan lebat yang berterusan menyebabkan hakisan semakin teruk sehingga menara tumbang.
00:36Sabah Electricity berkata, sungai Liwagu sememangnya terkenal dengan arus kuat dan kejadian hakisan yang berulang.
00:43Malah, sungai itu pernah menyebabkan Jabatan Konkret Kampung Lungkidau runtuh pada tahun 2017 dan 2022.
00:51Bagi kerja pemulihan, pasukan teknikal kini memasang kabel penahan dan struktur menara sementara menggunakan Sistem Pemulihan Kecemasan atau ERS.
01:01Sabah Electricity maklumkan kerja penggerudian telah selesai walaupun berdepan keadaan tanah yang keras dan berbatu.
01:07Kejadian itu menjejaskan bekalan elektrik kepada lebih 153,000 pengguna berdaftar.
01:14Sabah Electricity menyasarkan bekalan dapat dipulihkan sepenuhnya menjelang 2 Disember atau lebih awal.