00:00Tribunal Antarabangsa bagi Undang-Undang Laut dan atau IKLOS menolak permohonan Argentina untuk menghentikan sementara projek penerokaan minyak berhampiran kepulauan
00:11Falkland yang menjadi wilayah pertikaian dengan United Kingdom.
00:16Menurut keputusan tribunal itu, peruntukan yang dirujuk oleh Argentina secara zahirnya tidak memberikan asasnya mencukupi untuk membolehkan tribunal timbang tara
00:25menggunakan bidang kuasa dalam kes berkenaan.
00:28Dalam keputusan majoriti 18 lawan 3, tribunal yang berpangkalan di Hamburg memutuskan bahawa tidak terdapat asas mencukupi untuk menentukan bidang
00:38kuasa tribunal timbang tara yang bakal ditubuhkan di bawah konvensyen PBB mengenai Undang-Undang Laut.
00:45Argentina sebelum ini memohon supaya aktiviti penggerudian dan pemasangan kemudahan pengeluaran di bawah projek minyak silayan dihentikan sementara.
00:53Buenos Aires turut memohon agar tiada lesen baru diberikan bagi penerokaan sumber asli di kawasan perairan yang menjadi pertikaian.
01:03Bagaimanapun, tribunal mengambil maklum jaminan Britain bahawa kerja penggerudian tidak akan bermula sebelum Mac tahun depan, manakala pengeluaran minyak tidak
01:11akan dimulakan sebelum Mac 2028.
01:14Projek Sea Lion dikendalikan oleh Navitas Petroleum dengan pegangan 65% manakala selebihnya dimiliki Rockhopper Exploration.
01:23Kepulauan Falkland kekal menjadi titik pertikaian antara Argentina dan United Kingdom sejak konflik bersenjata pada tahun 1982.
01:31Walaupun menolak permohonan langkah sementara Argentina, tribunal menegaskan keputusan itu tidak mempengaruhi sebarang keputusan masa depan tribunal Timbang Tara yang
01:41bakal ditubuhkan bagi mendengar pertikaian tersebut.