• 4 minutes ago
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menegaskan isu kehilangan dana penyelidikan berjumlah RM225 juta tidak timbul, sebaliknya jumlah itu ialah baki dana terkumpul daripada pelaksanaan ribuan projek penyelidikan sejak 2006.
Transcript
00:00Kementerian Pendidikan Tinggi KPT menegaskan tiada dana penyelidikan RM225 juta hilang.
00:06Sebaliknya jumlah itu ialah baki terkumpul daripada pelaksanaan ribuan projek penyelidikan sejak tahun 2006.
00:13KPT dalam kenyataan malamkan baki itu mewakili 3.65% daripada keseluruhan peruntukan penyelidikan hampir 2 dekad dan disimpan dalam
00:22akaun berasingan di IPT.
00:25Menurut KPT, baki dana terhasil daripada penjimatan kos, penyelarasan keperluan penyelidikan serta penyiapan projek lebih awal tanpa menjejaskan objektif asal
00:35penyelidikan.
00:36Baki dana itu tertakluk kepada kawal selia tata cara keuangan kerajaan dan kelulusan KPT.
00:42Jemaah Menteri pada 18 September lalu meluluskan mekanisme pengurusan dan agihan semula dana itu melibatkan cadangan 20 universiti awam dan
00:5041 IPT swasta.
00:52KPT memaklumkan penggunaan semula dana akan dilaksanakan secara telus, berstruktur dan dipantau secara berkala tanpa mengubah tujuan asal peruntukan penyelidikan
01:01dan pembangunan.
01:03Isu itu sebelum ini dibangkitkan dalam laporan Ketua Audit Negara sebelum KPT memperoleh kelulusan khas Kementerian Keuangan pada 11 Februari
01:11lalu.
01:11Berhubung kehilangan 19 prototip perubatan iBREF bernilai RM1.6 juta di Universiti Teknologi Malaysia UTM, tindakan tata tertib telah diambil
01:20terhadap Ketua Penyelidikan Berkenaan.
01:23Tindakan itu susulan pelanggaran tata kelola dan tata cara perolehan selain laporan polis yang dibuat pada 15 Oktober 2005.
01:31UTM terus melaksanakan langkah pembetulan termasuk pengasingan tugas pengesahan dan pelulusan serta mendapatkan kelulusan pembelanjaan daripada lembaga pengarah universiti.
01:40KPT terus menyatakan komitmen untuk bekerjasama dengan PAC, Jabatan Audit Negara dan agensi berkaitan bagi memastikan kelemahan tak berurus ditangani
01:49serta setiap syur penambahbaikan dilaksanakan.

Recommended