00:00Kerja-kerja pemulihan susulan insiden menara penghantaran elektrik T313 kini masuki fasa pemasangan konduktor setakat 7 pagi Ahad.
00:08Menurut Sabah Electricity, pasukan teknikalnya sedang melaksanakan kerja penarikan konduktor sedia ada di bahagian bawah dari menara T314 ke lokasi
00:17penyambungan.
00:19Kerja terus membabitkan pemasangan konduktor baru dari lokasi penyambungan ke menara IRS1.
00:25Menurut Sabah Electricity, barisan kepimpinannya terus berada di lokasi sejak awal pagi Sabtu bagi menyelaras strategi serta merancang pelaksanaan kerja
00:34bersama petugas di lapangan.
00:37Setiap langkah dilaksanakan bagi mempercepatkan proses pemulihan bekala elektrik kepada pengguna di pantai timur Sabah dengan aspek keselamatan terus menjadi
00:45keutamaan.
00:45Kerja-kerja di tapak bermula seawal 7 pagi Ahad, namun kemas kini perkembangan operasi sedikit lewat disampaikan kepada pengguna berikutan
00:53ketidakan liputan telekomunikasi di lokasi.
00:56Sabah Electricity telah merakamkan penghargaan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia MCMC atas tindakan pantas menyelesaikan masalah komunikasi di tapak
01:06sekaligus membantu kelancaran penyelarasan operasi dan penyampaian maklumat kepada pengguna.
01:11Orang ramai boleh mengikuti perkembangan terkini usaha pemulihan itu menerusi halaman Facebook rasmi Sabah Electricity Care Line.