• 3 minutes ago
Mata wang Iran mencatat paras terendah baharu apabila menghampiri 3 juta rial bagi setiap dolar Amerika Syarikat. Kejatuhan itu berlaku di tengah-tengah tekanan inflasi, sekatan ekonomi dan embargo yang semakin ketat.
Transcript
00:00Matawang Iran mencatat paras terendah baharu dan menghampiri 3 juta rial bagi setiap 1 dolar AS.
00:07Data pasaran menunjukkan dolar AS didagangkan sekitar 2.99 juta rial per Sabtu berbanding 2.93 juta rial sehari sebelumnya.
00:21Kemerosotan nilai matawang itu berlaku ketika Iran berdepan tekanan inflasi yang tinggi dan peningkatan harga makanan dan keperluan harian.
00:28Penganalisis menyifatkan situasi tersebut sebagai antara cabaran ekonomi paling besar yang dihadapi negara itu dalam beberapa dekad kebelakangan ini.
00:37Keadaan menjadi lebih mencabar selepas AS memperkenalkan semula sekatan maritim terhadap pelabuhan Iran pada bulan Julai lalu.
00:45Washington turut mengumumkan Task Force Iron Gate yang bertujuan menyekat pergerakan senjata dan bahan yang dikenakan sekatan melalui sempadan darat
00:53Iran serta Laut Kaspian.
00:55Pemerhati ekonomi berkata kecatuhan nilai rial memberi tekanan tambahan kepada kosar hidup rakyat dan meningkatkan cabaran kepada sektor perniagaan tempatan.
01:04Perkembangan itu berlaku ketika kerajaan Iran terus berusaha menstabilkan ekonomi negara dalam suasana ketidaktentuan geopolitik dan sekatan antarabangsa yang berpanjangan.
01:14Terima kasih kerana menonton!

Recommended