• 6 minutes ago
Sistem Amaran Awal MySiren berjaya menyalurkan amaran hampir serentak ke seluruh negara menerusi teknologi cell broadcast tanpa bergantung kepada rangkaian SMS.
Transcript
00:00Sistem amaran awal MySiren berjaya menyalurkan maklumat amaran hampir serentak ke seluruh negara menerusi ujian yang dilaksanakan pada Sabtu.
00:09Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadil berkata maklum balas diterima dari beberapa lokasi termasuk Padang Besar, Pulau Sebatik dan Tawau
00:17mengesahkan amaran yang dihantar berjaya diterima.
00:21Setakat maklum balas langsung yang kami terima tadi, dari Padang Besar hingga ke Pulau Sebatik hingga ke Tawau, maklum balas
00:35yang diterima adalah mereka mendapat amaran yang telah diteruakan dan kalau kita lihat, pemakluman itu dan amaran itu telah berlaku
00:47secara serentak.
00:49Penghantaran amaran itu menggunakan teknologi sel broadcast yang membolehkan insyarat disalurkan terus kepada telefon pintar dalam lingkungan liputan menara telekomunikasi.
00:59Dia tidak melalui saluran SMS dan kita tidak mengumpul maklumat daripada pengguna.
01:07Dia adalah menggunakan sel broadcast sistem yang menggunakan peralatan radio di menara-menara untuk menyampaikan secara signal kepada semua telefon
01:18pintar, smartphone yang berada di dalam lingkungan sel radius itu.
01:25Beliau terus menggalakkan orang ramai memastikan perisian telefon pintar sentiasa dikemaskini bagi membolehkan penerimaan amaran serta meningkatkan perlindungan keselamatan peranti.
01:36MySiren mula beroperasi pada 19 November lalu sebelum ujian bersama Ahli Parlimen di Kuala Lumpur pada 23 November dan diikuti
01:44ujian serentak seluruh negara pada ahad.
01:47Pelaksanaan sistem itu merupakan usaha memperkukuh kesiapsagaan negara dalam memastikan maklumat kecemasan dapat disampaikan dengan pantas bagi membantu melindungi keselamatan
01:57masyarakat.

Recommended