00:00Majlis Tindakan Ekonomi Negara M10 menggesa pihak berkuasa tempatan PBT dan kerajaan negeri di seluruh negara mengurangkan kadar sewa premis
00:09di bawah selian masing-masing berkuat kuasa serta merta.
00:13Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Muhammad Nasir berkata langkah itu dilihat penting bagi membantu peniaga kecil dan usahawan mikro bertahan dalam
00:22keadaan kos operasi yang semakin meningkat.
00:26Maka M10 sebentar tadi turut menggesa PBT dan kerajaan negeri yang lain untuk menyahut usaha mengurangkan kadar sewa premis atau
00:38kedai di bawah selian masing-masing berkuat kuasa serta merta.
00:43Langkah ini boleh dilaksanakan secara bersasar mengikut keupayaan PBT masing-masing kerana kita tahu mereka tertakluk di bawah akta dan
00:53juga pembawaan di peringkat negeri dan juga kerajaan tempatan masing-masing.
00:57Pada akhirnya usaha ini adalah untuk memastikan peniaga kecil terus berniaga, mengurangkan sedikit beban dan tekanan, pekerja terus mempunyai pendapatan,
01:13premis tidak kosong dan ekonomi komuniti terus berjalan.
01:17Akmal berkata inisiatif pengurangan sewa telah dimulakan oleh agensi persekutuan seperti MARA yang memberikan potongan 20% bagi 7,135
01:28lot premis bermula bulan ini.
01:29Dalam masa sama, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur DBKL turut memberikan diskaun 50% bagi tapak penjaja terpilih sehingga Disember 2027.
01:39Akmal turut memalumkan indeks harga pengeluar perkhidmatan meningkat 2.1% pada suku pertama 2026 didorong kenaikan dalam subsektor penginapan,
01:49makanan dan minuman serta pengangkutan.
Comments