00:00Lembaga Minyak Sawit Malaysia atau MPOB telah mengkomersialkan lebih 200 teknologi berkaitan industri sawit dan agri-komoditi negara setakat ini.
00:10Ketua Pengarah MPOB Ahmad Preves Gulam Kader berkata, teknologi yang dibangunkan merangkumi pelbagai bidang termasuk mekanisasi dan automasi ladang,
00:19bayi teknologi, genomik sawit, teknologi pemprosesan serta sistem digital pengurusan ladang.
00:27Menurut beliau, antara inovasi yang diperkenalkan termasuk penggunaan drone untuk mengesan tahap kematangan buah sawit serta teknologi DNA bagi mengenal
00:38pasti keadaan pokok.
00:39Katanya, sebahagian teknologi itu telah digunakan oleh pemain industri bagi membantu meningkatkan produktiviti sektor sawit negara.
00:47Dalam perkembangan sama, Ahmad Pavis berkata, MPOB akan memperkenalkan sembilan teknologi baru tahun ini menerusi program pemindahan teknologi sawit.
00:58Antara teknologi yang bakal diperkenalkan termasuk mayonis berasaskan sawit untuk golongan vegan, produk makanan menggunakan minyak sawit merah serta minyak
01:07pelincei berasaskan oleokimia bagi kegunaan pusat data.
01:11Tambah beliau, penyelidikan MPOB kini memberi tumpuan kepada pembangunan teknologi berasaskan data termasuk penggunaan internet benda atau IOT, drone dan
01:23kecerdasan buatan AI.
01:25Teknologi berkenaan mampu meningkatkan produktiviti, mengawal kualiti pengeluaran serta memperkukuh ketelusan rantaian bekalan industri agrokomoditi negara.
Comments