Skip to playerSkip to main content
  • 8 minutes ago
Dalam satu kenyataan pada Selasa, kumpulan itu memaklumkan penyertaan berkenaan mengesahkan semula komitmen bank itu untuk menyokong PKS yang berdepan tekanan kewangan jangka pendek berikutan konflik Asia Barat.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Kumpulan M-Bank mengumumkan penyertaannya dalam kemudahan bantuan penstabilan Perusahaan Kecil dan Sederhana PKS atau SMESRF melalui M-Bank Malaysia
00:10Berhad dan M-Bank Islamik Berhad.
00:13Dalam satu kenyataan pada selasa, kumpulan itu memaklumkan penyertaan berkenaan mengesahkan semula komitmen bank itu untuk menyokong PKS yang berdepan
00:22tekanan keuangan jangka pendek berikutan konflik Asia Barat.
00:27Menurut kumpulan M-Bank, SMESRF direka bentuk menyediakan pembiayaan modal kerja tepat pada masanya bagi membantu menstabilkan operasi perniagaan PKS
00:37yang berdaya maju.
00:39Kemudahan itu juga mengekalkan kesinambungan perniagaan dalam tempoh ketidaktuan ekonomi yang semakin meningkat ini.
00:46Sementara itu, pengarah urusan perbankan perniagaan kumpulan M-Bank, Christopher Yap berkata pihaknya berhasrat menyediakan sokongan pembiayaan yang tepat pada
00:54masanya.
00:55Selain, ia juga mudah diakses bagi membantu PKS mengekalkan operasi memelihara aliran tunai selain mengukuhkan daya tahan perniagaan dalam tempoh
01:04sukar ini.
01:05Di bawah kemudahan ini, PKS yang layak boleh mengakses pembiayaan sehingga RM750,000 dengan tempoh pembiayaan sehingga 5 tahun dan
01:14kadar pembiayaan atau keuntungan dihadkan pada 3.75% tahun termasuk yuran jaminan.
01:20Permohonan untuk SME SRF dibuka dari 15 Mei 2026 hingga 31 Disember 2026 atau sehingga penggunaan penuh dana yang diperuntukkan
01:30sebanyak RM5 bilion.
Comments

Recommended