00:00Bekas pembantu Ahli Parlimen Seputih Teresa Koch mengaku tidak bersalah di Mahkamah Session Kuala Lumpur atas dua pertuduhan menipu dan
00:09menerima suapan RM500,000 berkait permohonan sumbangan sekolah dua tahun lalu.
00:15Edmund Teoh 40 tahun didakwa memperdaya Koch supaya mempercayai hanya dua sekolah di kawasan parlimennya yang memohon pembiayaan papan pintar
00:24interaktif sedangkan sebanyak 16 buah sekolah sebenarnya telah mengemukakan permohonan.
00:30Dia didakwa mendorong Koch untuk membenarkannya memproses permohonan itu melalui sistem maikas di bawah program Mesra Rakyat.
00:38Teoh juga didakwa menerima RM500,000 daripada Ainuddin Aminuddin, 36 tahun, sebagai dorongan membantu mendapatkan kontrak pembekalan papan pintar bagi
00:4916 sekolah di Seputih melalui TMTIT Solutions, sebuah syarikat milik isteri Ainuddin.
00:55Justeru dia didakwa mengikut Seksyen 16A Kurungan A Aukta SPRM 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24 Kurungan 1
01:05membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda sekurang-kurangnya 5 kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mana lebih
01:14tinggi.
01:15Teoh mengaku tidak bersalah terhadap dua pertuduhan tersebut di hadapan Hakim Suzana Hussein.
01:21Khadijah Junoh, FMT
01:24Khadijah Junoh, FMT
Comments