00:00Kisah Manisha Jagan Mungan membuktikan bahawa sebuah kematian tidak semestinya berakhir dengan kehilangan.
00:08Pada usia 35 tahun, dia meninggal dunia.
00:12Namun dalam diam, menghadiahkan kehidupan baru kepada 11 insan lain.
00:17Sebuah legasi yang terus bernafas walau jasadnya telah tiada.
00:23Menurut Dr. Natasha Noh, Ketua Unit Derma Organ and Tissue Hospital Sungai Buloh,
00:28Organ yang didermakan manusia bukan sekadar menyelamatkan nyawa tetapi menghidupkan semula harapan.
00:36Dari buah pinggang hingga ke kornia, setiap bahagian membawa sinar kepada mereka yang menunggu peluang kedua.
00:44Kisahnya yang tular menyentuh hati ramai, mencetuskan kesedaran baru dalam kalangan masyarakat tentang erti sebenar pendermaan organ.
00:55Bahawa dalam sebuah pengakhiran, masih ada ruang untuk memberi kehidupan.
01:01Di saat ramai ragu, keluarganya memilih untuk merelakan.
01:06Mereka menghormati hasrat terakhir Manisha walaupun dalam kesedihan yang mendalam.
01:13Satu keputusan yang mengubah takdir ramai.
01:17Bagi ayah Manisha, P. Jagan Mongan, kehilangan itu tetap perit.
01:23Namun mengetahui anaknya terus hidup dalam diri orang lain menjadi penawar
01:28dan bukti bahawa kemanusiaan itu melangkaui segala perbezaan
01:33tanpa mengira warna kulit dan pegangan agama.
01:38Zaharul Alam Gya Shahir, FMT.
Comments