00:00Cadangan menarik balik subsidi petrol bagi golongan berpendapatan tinggi atau T20 kini dilihat semakin dapat perhatian
00:09dengan pakar ekonomi mengifatkan langkah itu wajar dipertimbangkan kerajaan.
00:14Namun pelaksanaannya disarankan dibuat secara berperingkat bagi mengelakkan kejutan kepada ekonomi dan rakyat.
00:21Ketua Ahli Ekonomi Bank Mu'amalat Malaysia Berhad, Muhammad Afzan Nizam Abdul Rashid mencadangkan supaya ia dimulakan
00:29dengan kumpulan paling kaya dalam T20 iaitu T1 yang mencatat pendapatan median isi rumah melebihi RM55,000 sebulan diikuti subkumpulan
00:40lain.
00:41Pendekatan ini dilihat lebih adil dalam menstruktur semuanya subsidi secara berfasa.
00:47Menurut beliau, rasionalisasi ini penting bagi membetulkan ketidakseimbangan subsidi pukal yang selama ini lebih memanfaatkan golongan berpendapatan tinggi
00:58terutama mereka yang menggunakan kenderaan berkuasa besar dan penggunaan bahan api yang lebih tinggi.
01:05Dalam perkembangan berkaitan resolusi oleh pemuda UMNO menerusi program Rimbon 2.0
01:12yang turut menggesa agar subsidi petrol untuk T20 ditarik balik dengan fokus penyaluran semula bantuan kepada golongan B40 dan M40
01:21yang lebih memerlukan
01:23khususnya dalam menghadapi tekanan kos sarihidup.
01:26Ketika ini, kerajaan menanggung lebih RM6 bilion sebulan bagi subsidi bahan api susulan kenaikan harga minyak global.
01:34Sementara itu, penganalisis politik Azmi Hassan berkata saranan menarik balik subsidi untuk kelompok berpendapatan tinggi
01:42dilihat wajar dan percaya mereka tidak akan menghukum kerajaan dalam hal ini.
Comments