Skip to playerSkip to main content
  • 3 minutes ago
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, menolak maklum balas Iran terhadap cadangan rundingan damai bagi menamatkan konflik, dengan menyifatkannya sebagai tidak boleh diterima. Kenyataan itu dibuat walaupun dua buah kapal dibenarkan melalui Selat Hormuz yang sebelum ini dikenakan sekatan. Sementara itu, media rasmi Iran memaklumkan bahawa respons berkenaan menumpukan kepada usaha menamatkan konflik di semua medan serta menjamin keselamatan laluan perkapalan, ketika Washington mencadangkan pemberhentian pertempuran sebagai langkah awal ke arah rundingan lanjut termasuk isu program nuklear Iran.
Transcript
00:00Bertemu kembali, kita beralih ke berita antarabangsa.
00:03Presiden AS Donald Trump menolak maklum balas Iran terhadap cadangan AS untuk mengadakan rundingan damai bagi menamatkan perang yang masih
00:13berlanjutan.
00:14Trump menerusi hantarannya di True Social menyifatkan maklum balas itu sebagai tidak boleh diterima walaupun dua buah kapal dibenarkan melalui
00:24slat hormus yang sebelum ini dikenakan sekatan.
00:26Trump dalam kenyataannya turut memetik bahawa maklum balas tersebut telah diterima daripada wakil Iran dan menegaskan keputusan yang dibuat Iran
00:36itu sama sekali tidak memuaskan.
00:38Namun beliau tidak memperincikan mengenai maklum balas dari Iran serta cadangan yang dikemukakan oleh pentadbirannya.
00:46Dalam pada itu, media rasmi Iran pula melaporkan bahawa respon yang dikemukakan memberi tumpuan kepada penamatan konflik di semua medan,
00:54khususnya di Lubnan selain menekankan aspek keselamatan laluan perkapalan di slat hormus.
01:00Perkembangan ini menyusul selepas AS mengumumkakan cadangan untuk menghentikan pertempuran sebagai langkah awal sebelum rundingan dimulakan berhubung isu-isu yang
01:11lebih sensitif termasuk program nuklear Iran.
01:14Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended