Skip to playerSkip to main content
  • 7 hours ago
Menteri Sumber Manusia R. Ramanan menyifatkan kenaikan peruntukan MITRA kepada RM150 juta sebagai detik bersejarah bagi komuniti India di Malaysia, selepas ia dinaikkan buat kali pertama sejak lebih dua dekad.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Peningkatan peruntukan unit transformasi masyarakat India Malaysia atau MITRA kepada RM150 juta disifatkan sebagai detik bersejarah buat komuniti India di
00:10negara ini.
00:11Menteri Sumber Manusia Datuk Seri R. Ramanan berkata, ini merupakan kali pertama peruntukan MITRA dinaikkan sejak penubuhannya lebih 20 tahun
00:20lalu.
00:23Jelasnya tambahan RM50 juta yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadikan peruntukan MITRA kini meningkat kepada RM150 juta.
00:32Menurut beliau, sejak MITRA dikenali sebagai unit khas pembangunan sosioekonomi komuniti India, SIDIC, sehingga kini peruntukannya tidak pernah dinaikkan dan
00:41kekal selama lebih 2 dekad.
00:43Ramanan melahirkan penghargaan terhadap kerajaan madani yang terus memperkasakan komuniti India melalui pelbagai inisiatif sosioekonomi, termasuk dana daripada agensi seperti
00:53Amanah Iktia Malaysia, Tekun dan SME Bank.
00:57Dalam masa sama, MITRA yang kini di bawah Kementerian Sumber Manusia akan memberi tumpuan baharu kepada pembangunan pendidikan, merangkumi pelbagai
01:05peringkat termasuk latihan teknikal berkemahiran tinggi.
01:08Ramanan berkata pendekatan baharu itu juga akan memperluas kerjasama strategik termasuk latihan luar negara bagi meningkatkan daya saing belia India
01:16di pasaran kerja.
Comments

Recommended