00:00Pemilikan limuzin Aurus Senat oleh yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim disifatkan sebagai satu penghormatan istimewa yang melambangkan hubungan erat
00:09serta persahabatan kukuh antara Malaysia dan Rusia.
00:13Menurut hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Aurus ialah jenama kenderaan rasmi kepimpinan tertinggi negara itu dan sering digunakan
00:22Presiden Rusia Vladimir Putin dalam acara rasmi negara serta majlis diplomatik penting.
00:30Jelas hantaran itu, model berkenaan juga jarang dimiliki di luar persekutuan itu dan tidak diekspor secara berluas ke pasaran antarabangsa.
00:40Selain itu, Aurus terkenal dengan gabungan teknologi modern serta ciri keselamatan bertaraf tinggi.
00:46Terdahulu, Seri Paduka Baginda berkenan berangkat ke muzium garaj khas yang menempatkan himpunan lebih 50 kereta dan motosikal di Moskow
00:55pada ahad.
00:55Pada lawatan berkenaan, Seri Paduka Baginda turut berkenan dipersembahkan taklimat mengenai koleksi dipamerkan di muzium itu.
01:04Majlis serahan limusin Aurus senat milik Seri Paduka Baginda turut berlangsung di muzium berkenaan.
01:10Sultan Ibrahim berangkat ke Moskow pada Rabu lepas atas undangan khas kerajaan Rusia sebagai tetamu kehormat bersempena dengan sambutan ulang
01:19tahun hari kemenangan.
01:22Terima kasih telah menonton!
Comments