Skip to playerSkip to main content
  • 11 hours ago
Persekutuan Bola Sepak Iran mengesahkan pasukan kebangsaan negara itu akan menyertai Piala Dunia 2026, namun mengemukakan beberapa syarat kepada negara tuan rumah susulan ketegangan geopolitik yang semakin memuncak di Timur Tengah.
Transcript
00:00Iran mengesahkan pernyataan pasukan kebangsaannya dalam Piala Dunia 2026 namun menuntut jaminan dan syarat tertentu daripada negara tuan rumah.
00:11Persetuan bola sepak Iran dalam kenyataan rasmi memaklumkan pasukan lelaki negara itu pasti akan menyertai Piala Dunia 2026.
00:20Bagaimanapun mereka menegaskan pihak tuan rumah iaitu Amerika Syarikat, Meksiko dan Kanada perlu mengambil kira kebimbangan yang dibangkitkan oleh Iran.
00:31Sebelum ini Presiden Persekutuan Bola Sepak Mehdi Taj berkata pihaknya telah mengembukakan 10 tuntutan bagi memastikan pasukan Iran dilayan dengan
00:41sewajarnya sepanjang kejohanan.
00:44Antara tuntutan tersebut termasuk kelancaran urusan visa dan kemasukan pemain serta pegawai Iran, penghormatan terhadap bendera dan lagu kebangsaan Iran
00:54serta jaminan keselamatan tinggi untuk semua anggota pasukan.
00:59Piala Dunia 2026 berlangsung bermula 11 Jun hingga 19 Julai dan dianjurkan secara bersama oleh Amerika Syarikat, Meksiko dan Kanada.
Comments

Recommended