Skip to playerSkip to main content
  • 7 hours ago
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru mahasiswa universiti memainkan peranan sebagai agen perubahan yang mampu memacu kemajuan dan reformasi negara berasaskan ilmu, perpaduan serta kematangan pemikiran.
Transcript
00:00Mahasiswa Universiti perlu terus memainkan peranan penting sebagai ejen perubahan, membawa kemajuan dan reformasi kepada negara berasaskan ilmu, nilai serta
00:09kematangan pemikiran.
00:11Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, generasi muda mempunyai peranan penting dalam membina Malaysia yang lebih bersatu, stabil dan
00:20berdaya maju.
00:23Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata, mahasiswa merupakan sumber kekuatan baharu yang mampu menyatukan rakyat.
00:30Tegas beliau, generasi muda perlu menolak politik perkauman sempit yang hanya memecah belahkan masyarakat.
00:36Menurut Anwar, masa depan Malaysia bergantung kepada keberanian dan kesediaan anak muda untuk meruntuhkan tembok perkauman dalam politik dan membina
00:45negara yang lebih inklusif.
00:47Beliau berucap demikian ketika sesi ramah mesra bersama pelajar India di Universiti Malaya pada Ahad.
Comments

Recommended