00:00Spanyol memulakan proses pemindahan penumpang dari kapal persiaran yang terjejas oleh Hantavirus. Menurut Kementerian Kesihatan Spanyol, pegawai kesihatan menaiki kapal
00:10untuk menjalankan pemeriksaan akhir dan memulakan proses menurunkan penumpang selepas kapal itu berlabuh berhampiran Tenerife pada Ahad.
00:20Rakyat Spanyol menjadi kumpulan pertama diturunkan menggunakan bot kecil secara berkumpulan dan dibawa ke darat sebelum dipindahkan ke dalam bas
00:29dan dibawa ke lapangan terbang tempatan.
00:32Seorang pegawai kerajaan berkata para penumpang dijadualkan menaiki penerbangan pulang ke Madrid menggunakan pesawat tentera Spanyol.
00:40Tegas beliau mereka tidak akan mempunyai sebarang kontak dengan orang awam.
00:44Menurut Agensi Kesihatan Awam Eropah pada Sabtu, semua penumpang di atas kapal persiaran mewah MV Hondius dianggap sebagai kontak berisiko
00:52sebagai langkah berjaga-jaga.
00:54Tambah agensi itu risiko kepada penduduk umum kekal rendah.
00:58Laporan diterbitkan Kementerian Kesihatan Spanyol sebelum MV Hondius berlabuh di Tent Fire mengesahkan kapal itu telah melepasi pemeriksaan kesihatan yang
01:07sewajarnya sebelum berlabuh.
Comments