Skip to playerSkip to main content
  • 5 hours ago
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki menegaskan kepimpinan dalam agensi penguatkuasaan memerlukan keberanian membuat keputusan sukar tanpa takut dikritik demi memastikan usaha memerangi rasuah terus berkesan.
Transcript
00:00Kepimpinan dalam agensi penguatkuasaan memerlukan keberanian membuat keputusan suka demi memerangi rasuah.
00:07Ketua Peseruhjaya Seruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia SPRM Tan Sri Azambaki berkata, tugas dalam bidang penguatkuasaan sering menyebabkan seseorang berdepan kritikan
00:18dan memiliki lebih ramai musuh berbanding rakan.
00:24Dalam pertemuan eksklusif bersama pengamal media, Azam berkata pihak penguatkuasa tidak boleh takut untuk bertindak sekiranya mahu memastikan undang-undang
00:34dilaksanakan dengan tegas dan adil.
00:36Beliau yang menyertai badan pencegahan rasuah pada 1984 berkata, pengalaman lebih 4 dekad dalam bidang anti-rasuah banyak membentuk visi
00:45dan pendekatan kepimpinannya.
00:47Azam menegaskan visi merupakan asas penting dalam kepimpinan dan seseorang pemimpin perlu berani memikul tanggungjawab yang datang bersama jawatan.
00:57Menurut beliau, antara cabaran terbesar SPRM adalah memastikan siasatan terus berkesan dalam menangani kes rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang semakin
01:06kompleks.
01:07Azam teruk mempertahankan tindakan SPRM nyasat tokoh politik berprofil tinggi termasuk bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan
01:16Tan Sri Muhyiddin Yassin.
01:17Beliau menegaskan siasatan dijalankan berdasarkan maklumat sah dan prosedur yang betul tanpa mengira kedudukan individu terlibat.
01:25Dalam masa sama, Azam berkata SPRM kini memerlukan pendekatan lebih proaktif berasaskan risikan bagi menangani kes melibatkan rangkaian terancang dan
01:34individu berprofil tinggi.
01:36Tambahnya siasatan kes rasuah lebih sukar berbanding jenayah konvensional kerana ia sering melibatkan kumpulan kecil yang saling melindungi sesama sendiri.
Comments

Recommended