Skip to playerSkip to main content
  • 11 hours ago
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump berkata beliau menjangka menerima respons Iran terhadap inisiatif keamanan Washington dalam masa terdekat, ketika Tehran memberi amaran terhadap tindakan agresif AS di Teluk Parsi yang didakwa menjejaskan usaha diplomatik.
Transcript
00:00Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menjangkakan maklum balas daripada Iran dalam masa terdekat
00:06berkaitan inisiatif keamanan terkini Washington.
00:09Trump dalam temubual telefon bersama stesen televisyen Perancis menyatakan
00:14keyakinan bahawa Teheran masih berminat untuk mencapai satu perjanjian komprehensif bersama Washington.
00:21Beliau berkata pihaknya menjangka menerima sepucuk surat daripada Iran
00:25dalam masa terdekat bagi memberikan respons terhadap cadangan terkini Amerika Syarikat.
00:31Dalam masa sama, Iran memberi amaran tindakan agresif Amerika Syarikat di Teluk Parsi
00:37boleh menggagalkan usaha diplomatik yang sedang berlangsung.
00:41Dalam perkembangan berkaitan, pengurusi Suruhanjaya Keselamatan Negara dan Dasar Luar Parlimen Iran,
00:47Ibrahim Azizi memberi amaran kepada negara luar agar tidak menyokong cadangan yang disokong Amerika Syarikat.
00:54Beliau turut menyifatkan selak hormus sebagai talian hayat penting
00:59dan memberi amaran agar pihak luar tidak mencetuskan risiko penutupan laluan strategik tersebut.
Comments

Recommended