00:00Musyawarah Nasional tidak berakhir sebagai medan perbincangan semata-mata sebaliknya bakal diterjemahkan kepada tindakan dasar kerajaan.
00:09Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau akan memastikan resolusi Musyawarah Nasional dibawa ke Kabinet dan diselaraskan
00:17bersama Kementerian, Jabatan serta agensi berkaitan termasuk GLC.
00:23Tegasnya Musyawarah Nasional bukan agenda perkauman tetapi agenda nasional berteraskan perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.
00:32Itu ialah pertanggungjawaban untuk sekretar tetap Musyawarah Nasional ini bukan sekadar mengumpul semua dapatan kajian dan rupusan tetapi ialah dari
00:46segi pelaksanaan.
00:47dan saya akan mengambil tanggungjawab untuk bukan hanya membawa semua resolusi dan pandangan ini ke Kabinet tetapi saya tentunya akan
00:59mengkoordinasikan
01:02dengan Kementerian, Jabatan, Agensi, Badan-Badan, GLC dan GLEG dan juga organisasi itu untuk pelaksanaannya.
01:18Musyawarah Nasional yang berlangsung pada Ahad menghimpunkan pemimpin Melayu dan Islam dari pelbagai latar belakang
01:24untuk mendengar pembentangan serta cadangan lima teras utama termasuk agama dan institusi, raja-raja Melayu, ekonomi, pendidikan, sosial dan politik.
01:34Jelas Presiden UMNO, kejayaan Musyawarah Nasional tidak diukur melalui jumlah resolusi yang dibentangkan
01:40tetapi sejauh mana kesepakatan itu mampu diterjemahkan kepada dasar yang berfungsi dan berkekalan.
Comments