00:00Perkembangan pesat dan penggunaan kecerdasan buatan AI dan teknologi dilihat bukan sahaja mampu meningkatkan produktiviti dan kecekapan pasaran pekerjaan, malah
00:10mengubah cara aktiviti ekonomi dijalankan secara menyeluruh.
00:13Menurut Ketua Ekonomi Bank Mu'amalat Malaysia Berhad, Dr. Mohd Afzanizam Abdul Rashid, manfaat AI perlu disokong ekosistem asas yang
00:21kukuh, terutama bekalan elektrik air dan infrastruktur berkaitan.
00:29Industri sokongan ataupun ekosistem AI itu sendiri juga perlu diperhatikan juga kerana kita selalu maklum pertama dia banyak menggunakan data
00:38center, pusat data, kemudian kita tahu pusat data ini dia banyak menggunakan bahan api ataupun elektrisiti, kemudian bekalan air, justru
00:48infrastruktur ini perlu dilihat.
00:50Kalau contoh, bekalan air perlu cukup. Kalau nak kata bekalan air perlu cukup, maksudnya pelaburan dalam sektor air itu perlu
00:58ditingkatkan.
00:59Dan ini menuntut bagaimana tarif air itu ditentukan. Apa yang kita maklumkan memang tarif air telah boleh dinaikkan.
01:07Tetapi kadar tarif itu masih lagi rendah daripada kos untuk menjana air tersebut. Jadi isu tarif ini juga perlu dilihat
01:14juga.
01:15Dr. Afzal Nizam turut melihat struktur tarif air sebagai antara perkara yang perlu dinilai semula, memandangkan kadar semasa masih rendah
01:24berbanding kos sebenar penyediaan bekalan.
01:26Menurut beliau, usaha memanfaatkan AI secara mampan tidak boleh hanya bergantung kepada pembangunan teknologi, tetapi turut memerlukan asas infrastruktur yang
01:37kukuh.
01:37Keseimbangan antara kemajuan AI, pelaburan utiliti dan penyesuaian dasar akan menjadi penentu kepada keupayaan Malaysia meraih manfaat ekonomi digital dalam
01:48jangka panjang.
01:48Terima kasih telah menonton!
Comments