Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Datuk Fadzil berkata, kandungan berkenaan dikesan sejak 29 Mac lalu melibatkan pelbagai isu termasuk harga bahan api dan dakwaan tidak sahih berkaitan tol di Selat Hormuz.

Transcript
00:00Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia mengesan lebih 600 kandungan palsu berkaitan krisis tenaga serta isu bekalan global yang dipercayai disebarkan
00:11menerusi aktiviti terancang atau coordinated inauthentic behaviour.
00:16Menteri Komunikasi Dato' Fahmi Fadil berkata, kandungan berkenaan dikesan sejak 29 Mac lalu melibatkan pelbagai isu termasuk harga bahan api
00:25dan dawaan tidak sahih berkaitan tol di Selat Hormuz.
00:30Jelasnya hasil sesatan mendapati terdapat petunjuk penyebaran kandungan tersebut dilakukan secara tersusun bagi memperluas pengaruh serta mencetuskan kekeliruan dalam kalangan
00:40masyarakat.
00:41Dari pengamatan pihak MCMC dan dari segi siasatan, tidak boleh diketepikan kemungkinan berlaku satu tindakan yang tersusun untuk menyebarkan maklumat
01:00palsu.
01:01Apa yang disebut sebagai coordinated inauthentic behaviour ataupun CIB.
01:10Memandangkan sejumlah posting ini sama ada menggunakan grafik yang sama, muncul pada lebih kurang julat masa yang sama dan sebaran
01:24yang cuba untuk diperluas.
01:27Sesulan penemuan itu sebanyak lima kes telah dan akan dibawa ke mahkamah untuk tindakan pendakwaan.
01:33Selain itu, lapan kes turut dikenakan kompaun dengan jumlah keseluruhan mencecah RM200,000.
01:39Beliau memaklumkan beberapa kes lain masih dalam peringkat siasatan selain menunggu arahan lanjut daripada pihak timbalan pendakwa raya.
01:47Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended