00:00Jabatan Imigresen menahan dua lelaki warga Indonesia disyaki dalam sindiket Cap Palsu dalam operasi di Taman Kepung Indah dan Taman
00:08Dagang Ampang Selago pada Selasa.
00:11Ketua Pengarah Imigresen Dato' Zakaria Shaaban berkata semakan terhadap dua lelaki berusia 52 tahun itu didapati tidak memiliki pas atau
00:19dokumen perjalanan yang sah untuk berada di negara ini.
00:24Salah seorang suspek bernama Amp pernah ditahan pada Jun tahun lepas atas kesalahan sama dan telah dihantar pulang ke negara
00:31asal serta disenarai hitamkan dalam sistem imigresen namun dipercayai masuk semula ke Malaysia menggunakan pintu masuk yang tidak diwartakan.
00:40Tambahnya modus operandi sindiket adalah menyediakan perkhidmatan imigresen dengan menawarkan endorsement masuk dan keluar dipercayai palsu bagi warga negara Indonesia
00:50yang berada di lembah gelang dan telah tinggal lebih masa di negara ini.
00:54Berdasarkan siasatan awal, sindiket terbabit dipercayai beroperasi sejak setahun lepas menggunakan platform seperti WhatsApp, Telegram dan TikTok untuk mencari pelanggan
01:05dan mengenakan bayaran sebanyak RM100 hingga RM350 bagi setiap endorsement dengan pembayaran dilakukan secara dalam talian.
01:12Dalam operasi itu pihaknya menyita 20 unit cap keselamatan imigresen dipercayai palsu, 16 pasport Indonesia, 4 surat perjalanan laksana pasport
01:23Indonesia, 2 telefon bimbit, komputer riba, mesin pencetak dan mesin pengimbas serta 2 kenderaan yang disyaki digunakan sindiket terbabit.
01:31Dua lelaki itu katanya dibawa ke Pejabat Imigresen Putrajaya untuk siasatan mengikut Seksyen 56-1-L Akta Imigresen 1959-63.
Comments