Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Menteri besar negeri sembilan, datuk seri aminuddin harun meminta rakyat negeri itu untuk bersiap sedia menghadapi pilihan raya negeri (prn).
Mengambil kira kemelut dalaman politik yang berlaku ketika ini jelasnya, pilihan raya itu boleh berlaku pada bila-bila masa.

Transcript
00:00PEMBICARA 1
00:30Apa yang berlaku ini adalah satu pengajaran kepada kita
00:33Satu pembelajaran kepada kita, satu didikan kepada kita
00:37Supaya kita sentiasa tenang, sabar, melihat untuk kita jangan gelabah
00:46Tetapi dalam masa yang sama saya nak rakyat Negeri Sembilan, penduduk Negeri Sembilan bersiap, sedia menghadapi pilihan raya
00:59Mereka tak puas hati lagi
01:01Hari ini statement demi statement, statement demi statement
01:05Mereka keluarkan
01:08Seolah-olah kita terpaksa menerima
01:15Tetapi kita juga manusia
01:26Beliau berkata demikian ketika berucap pada ceramah Perdana Pimpinan PH di Pekarangan Stadium Tunku Abdul Rahman Paroi di Seremban pada
01:35Rabu malam
01:35Pada Rabu, UMNO Negeri Sembilan dalam kenyataan memaklumkan menerima keputusan untuk terus menyokong kerajaan perpaduan
01:43Namun kekal dengan pendirian hilang kepercayaan terhadap Aminuddin
01:47Mengulas lanjut, Aminuddin dalam ucapannya itu turut meminta seluruh jentera PH negeri itu menyusun strategi untuk berdepan sebarang kemungkinan politik
01:56selepas ini
01:57Katanya keutamaan ketika ini adalah menguatkan jentera parti dan tidak lemah dengan sebarang gangguan daripada parti lawan
02:05Dalam pada itu, Aminuddin turut menzahirkan rasa kecewa ketika krisis global mula memberi cabaran besar kepada ekonomi negara
02:12Mereka memilih untuk mencipta kemelut politik yang tidak menguntungkan rakyat
Comments

Recommended