Skip to playerSkip to main content
  • 1 hour ago
Menerusi satu kenyataan hari ini, Dewan di-Raja Selangor berkata titah baginda pada Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Persidangan Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor Ke-15 pada 20 April lalu sebaliknya adalah bagi memastikan segala tindakan kerajaan negeri bertepatan dengan kehendak Perlembagaan Persekutuan dan Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 dengan mengambil kira kepentingan dan kesejahteraan rakyat dalam pemerintahannya.
Transcript
00:00Dawaan segelintir pemimpin politik dan pihak tertentu bahawa Sultan Selangor mencampuri urusan pentadbiran Kerajaan Negeri dan melanggar konsep Raja Berperlembagaan
00:10yang diamalkan di negara ini adalah tidak benar.
00:13Menerusi satu kenyataan pada Rabu, Dewan Diraja Selangor berkata, titah baginda pada mesyuarat pertama pembukaan persidangan penggal keempat Dewan Undangan
00:23Negeri Dun Selangor ke-15 pada 20 April lalu sebaliknya adalah bagi memastikan segala tindakan Kerajaan Negeri bertepatan dengan kehendak
00:32Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 dengan mengambil kira kepentingan dan kesejahteraan rakyat dalam pemerintahannya.
00:42Ujah kenyataan itu, titah berkenaan juga adalah selari dengan peranan seorang raja dalam pemerintahan raja berperlembagaan.
00:49Selain itu, dalam konteks Negeri Selangor, Menteri Besar dikehendaki berunding dengan baginda dalam segala hal ihwal pentadbiran Kerajaan Negeri yang
00:57melibatkan kepentingan dan kebajikan rakyat.
00:59Rundingan membawa maksud baginda mempunyai hak untuk diberi sembah maklum oleh Menteri Besar mengenai urusan pentadbiran negeri bagi membolehkan baginda
01:08mengetahui apa yang berlaku, disamping memberi nasihat sebelum sesuatu keputusan mengenainya dimuktamadkan.
01:14Tambah kenyataan itu, pandangan dan nasihat oleh Sultan Selangor adalah berdasarkan kepentingan rakyat tanpa dipengaruhi kepentingan politik bagi memastikan pentadbiran
01:24negeri dijalankan dengan penuh tanggungjawab.
01:27Jelas kenyataan sama baginda kerap menerima aduan daripada rakyat tentang masalah banjir, kutipan sampah, jalan belubang dan sebagainya.
01:36Aduan-aduan oleh pengadu bukan surat layang kerana pengadu menyertakan nama, alamat dan nombor telefon bagi membuktikan mereka benar-benar
01:45terdesak, mahukan baginda, menegur kerajaan negeri.
01:48Menurut kenyataan lagi, Sultan Selangor tidak mahu bertindak sebagai rubber stamp atau sekadar formaliti dalam melaksanakan fungsi baginda sebagai sultan.
01:58Dua minggu lalu, media melaporkan baginda menzahirkan dukacita terhadap kegagalan berterusan kerajaan negeri menangani isu banjir yang masih berlarutan walaupun
02:08pelbagai nasihat diberikan sebelum ini.
02:10Baginda bertitah isu banjir bukan perkara baharu, malah telah berpuluh kali ditegaskan agar diselesaikan segera, termasuk mencadangkan supaya kerajaan negeri
02:20merujuk kepakaran luar seperti dari Belanda bagi mendapatkan kaedah terbaik.
Comments

Recommended