00:00Bayaran pakej haji yang mahal melalui pengelola jemaah haji PJH bukan penentu kelulusan rayuan atau tiket untuk mendapatkan giliran menunaikan
00:10ibadat haji lebih awal.
00:12Pengarah operasi pengelola jemaah haji Anwar Ahmad berkata, semua permohonan dan rayuan haji dinilai sepenuhnya melalui sistem tabung haji TH
00:21tanpa mengambil kira pakej yang dipilih sama ada bernilai RM50,000 atau mencecah ratusan ribu ringgit.
00:30Katanya peranan PJH sering disalah tafsir seolah-olah menjadi laluan khas untuk menunaikan haji sedangkan hakikatnya ia hanya menyediakan perkhidmatan
00:40tambahan berdasarkan keperluan dan kemampuan jemaah.
00:44Anwar menjelaskan setiap pendiposit tabung haji yang terpilih akan menerima tawaran haji secara otomatik sebagai jemaah muasasa sebelum diberikan pilihan
00:54sama ada kekal dengan muasasa atau memilih perkhidmatan nilai tambah melalui PJH.
01:02Servis yang muasasa sediakan ini dah cukup baik dah memang terbaik dan diakui oleh perkhidmatan Arab Saudi sendiri dan ramai
01:10di antaranya yang telah melaksanakan.
01:12Tetapi mereka memilih untuk mendapatkan perkhidmatan nilai tambah maksudnya atas gerendak mereka contoh saya boleh tunjuk macam mereka perlukan dua
01:21orang sebilik atau tiga orang sebilik.
01:23So perkhidmatan muasasa tidak dapat menyediakan perkhidmatan macam itu sebab muasasa ditetapkan mungkin empat atau lima orang sebilik.
01:33Itu contohlah. Yang keduanya dari segi jarak bangunan penginapan daripada bangunan penginapan ke Masjid Al-Haram ataupun dari penginapan ke
01:45Masjid Navawi.
01:46So itu juga telah dijanjikan oleh PJH berdasarkan pakej-pakej yang tertentu.
01:53Beliau berkata demikian ketika ditemu bual media di Mekah.
01:57Selain itu katanya faktor keselesaan, kesihatan dan keperluan individu menjadi pertimbangan utama jemaah bukan semata-mata soal harga.
02:08Bagi musim haji tahun ini seramai 34 syarikat PJH dilesenkan oleh tabung haji untuk mengendalikan jemaah haji Malaysia
02:17melibatkan kira-kira 30% daripada keseluruhan kuota haji negara meningkat berbanding 28.3% pada tahun lalu.
Comments