Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Ahli Parlimen Pandan itu berkata proses memberi keterangan akan disambung semula pada jam 10 pagi, Khamis.
Transcript
00:00Datuk Seri Rafizi Ramli mendakwa segala urusan pelaburan bernilai 1.1 bilion ringgit antara Kementerian Ekonomi dan Arm Limited United
00:09Kingdom melibatkan usaha sama industri semikondukta dilaksanakan secara teratur dan mematuhi prosedur ditetapkan.
00:16Bekas Menteri Ekonomi itu berkata siasatan suruhan jaya pencegahan rasuah Malaysia SPRM yang memasuki hari ketiga pada Rabu bertujuan menentukan
00:26sama ada proses berkenaan dibuat secara tergesa-gesa atau tidak mengikut peraturan kerajaan.
00:33Rafizi yang ditemui media selepas selesai memberikan keterangan selama 5 jam di ibu pejabat SPRM pada Rabu turut berpuas hati
00:40terhadap perjalanan siasatan selain menjangkakan ia kini berada di peringkat akhir.
00:46Proses dan keputusan itu sebenarnya bukan kuasa saya. Bukan saya. Ini bukan macam soal seorang menteri yang sign sesuatu untuk
00:58bagi tender kepada keluarga sendiri dan kemudian selepas itu disemak-semak ada duit masuk bank.
01:06Dia tak ada. Dia proses. Prosesnya ialah kerajaan telah membuat keputusan ada usaha sama dengan amm.
01:15Dia melibatkan komitmen kerajaan sebanyak 1.1 bilion untuk 10 tahun.
01:20Jadi yang disiasat ialah adakah proses itu dibuat secara tergesa-gesa ataupun tidak mengikut peraturan kerajaan.
01:30Jadi untuk tentukan sama ada mengikut peraturan kerajaan atau tidak, semuanya ini mesti bersandarkan kepada dokumen rasmi kerajaan.
01:40Minit, dokumen, perjanjian, semuanya.
01:43Mengulas lanjut, ahli pari mempandang itu berkata proses memberi keterangan disambung semula pada jam 10 pagi Khamis.
01:50Selain itu, Rafizi menegaskan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan termasuk berdepan petuduhan susulan siasatan berkenaan.
01:57Rafizi disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.
02:01Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended