00:00Iran melancarkan sistem baharu bagi mengawal pergerakan kapal yang melalui selat hormus laluan maritim strategik dunia.
00:08Media kerajaan melaporkan semua kapal yang ingin melalui selat itu wajib mendapatkan kebenaran melalui email daripada pihak berkuasa Iran di
00:17bawah sistem baharu yang disifatkan sebagai sistem tatbik urus berdaulat.
00:23Kapal juga dikehendaki mematuhi peraturan operasi baharu sebelum memasuki perairan tersebut yang kini dilaksanakan secara langsung di lantuan strategik itu.
00:32Langkah itu dilihat menambah ketegangan sedia ada yang turut melibatkan sekatan Amerika Syarikat dan ancaman tindakan ketenteraan di rantau berkenaan.
00:41Iran sebelum ini memperketat kawalan di selat hormus selepas mengumumkan sekatan terhadap kapal berkaitan Israel dan Amerika Syarikat susulan serangan
00:50terhadap wilayahnya.
00:51Parlimen Iran turut mempertimbangkan undang-undang baharu termasuk pengenalan sistem tol bagi kapal yang dianggap tidak bermusuh.
01:00Amerika Syarikat sebelum ini mengumumkan langkah pengiringan kapal di selat itu di bawah projek Freedom manakala Iran memberi amaran bahawa
01:07kapal Amerika dan sekutunya boleh disasarkan jika memasuki kawasan berkenaan.
01:13Perkembangan terkini itu meningkatkan kebimbangan dunia terhadap kestabilan laluan tenaga paling penting di dunia.
Comments